KEHIDUPAN JIN & IBLIS

APAKAH ITU JIN?


Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalaah Jinniy(dlm bahasa arab dahulu kala, dan Genie dlm bahasa inggeris) yg ertinya "yang tersembunyi" atau "yang tertutup" atau "yang tak terlihat".
hal itulah yg memungkinkan kita mengaitkannya dgn sifat yg umum "alam  tersembunyi", sekalipun akidah islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus, daan hidup bersama-sama kita di bumi ini. dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yg bermaksud : 
             "jin itu ada tiga jenis iaitu : jenis yg mempunyai sayap dan terbang di udara, jenis ular dan jengking, dan jenis yg menetap dan berpindah-pindah".

AWAL PENCIPTAAN JIN
 
Allah swt menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah swt berfirman (maksudnya) :
      "dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering(yg berasal) dari lumpur hitam yg diberi bentuk. dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yg sangat panas. (surah al-hijr : 26-27).

BAGAIMANA JIN DAN IBLIS HIDUP?
 
Jin adalah makhluk yg sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. jarang ada suatu tempat di bumi ini yg tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun udara.
       Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan  rakyat jelata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia.
       Di antara mereka, ada yg muslim dan memperoleh hidayah dari Allah swt. yg lain, beragama masehi, hindu, buddha, penyembah berhala, dan penganut ajaran komunis.

TEMPAT TINNGGAL JIN
 
Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yg sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yg tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia.
        Ada juga mereka yg tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan :"pada setiap rumah kaum muslimin ada jin islam yg tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah."
        Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasulullah saw telah bersabda: "sesungguhnya pasa tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ad didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah dia mengucapkan  doa :
        "Ya Allah, sesungguhnnya aku berlindung kepadaMu dari jin lelaki dan perempuan" (HR. Abu Dawud)
        Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yg maksudnya: "janganlah kamu kencing di lubang." (HR. An-Nasi')


KERAJAAN IBLIS

Iblis mempunyai kerajaan yg sangat besar. ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat. iblis juga mempunyai wakil-wakil, LIMA di antaranya wajib diwaspadai.


1. Yang pertama, menurut kalangan jin, bernama Tsabar. dia selalu mendatangi orang yg sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. diucapkannya melalui orang yg ditimpa musibah itu, keluh-kesah dan caci-maki terhadap ketentuan Allah terhadap dirinya.


2. Yang kedua, namanya ialah Dasim. syaitan inilah yg selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami isteri, sehingga menjadi penceraian. dia adalah anak kesayangan iblis di wilayah kerajaannya yg sangat besar.


3. Yang ketiga, namanya ialah Al-A'war. dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan iblis di kerajaan yg besar. segala persoalan yg menyangkut keruntuhan moral  dan perzinaan berurusan dengan pejabat besar mereka.


4. Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. bahkan kejahatan yg dia dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yg duduk dalam suatu pertemuan yg disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yg pada gilirannya disebarkan pula pada manusia.


5. Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. syaitan yg satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. merekalahh yg menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia. untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan:
          "Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, (**sebutkan namanya : Tsabar / Dasim / Al-A'war / Maswath / Zalnabur ) yg terkutuk serta pengikut-pengikut serta anak-anaknya."
         Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bi  Mujahid yg mengatakan bahawa, 
  "iblis mempunyai lima anak, yg masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A'war, Maswath dan Zalnabur."

Comments

Popular posts from this blog

GANGGUAN JIN ASYIK

Anxiety Disorder 'Kesan' Dari Gangguan Jin

Belajar Menjadi Seorang Muallij