Posts

Showing posts from March, 2015

JIN SEPERTI MANUSIA

Image
' Jin' ﻦﻲﺟ (jinnie)@(genie) merupakan sejenis makhluk halus yang dicipta dari api . Jin berbeza dengan malaikat . Malaikat semuanya beriman, sedangkan jin ada yang beriman dan ada yang kafir dan seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah dan sebahagian yang ingkar dengan perintah Allah. Begitu juga dengan kewajipan jin seperti juga dengan manusia. Jin dan manusia memiliki kewajipan menyembah Allah. Rujukan  : Surah al-Dzariyat : ayat 56 "Dan Aku ( Allah ) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku ( Allah )" Surah al-an'am : ayat 130 "Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dan golongan mu sendiri, yang menyampaikan kepadamu tentang ayat-ayat Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata : Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara. KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS ‘ Au zubillah himinashsyaitan nirrajim bismilla hirrahmannirrahim ’ Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad..) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismilla

SURAH AL FALAQ

Image
Surah Al-Falaq (سورة الفلق) adalah surah yang tergolong surah Makkiyah selepas Surah Al-Fiil. Surah ini mengandungi lima ayat dan diletakkan dalam susunan surah sebagai surah yang ke 113.   Maksud Ayat Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 1. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. 2. Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. 3. Dari bahaya gelap apabila ia masuk. 4. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). 5. Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya. Kisah Penurunan Surah Al-Falaq Seorang Arab Yahudi bernama Labid ibn Asim yang merupakan antara munafiq telah mengenakan Ilmu Hitam (sihir) kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Dia telah mengambil rambut baginda dan membuat sebelas ikatan (simpulan) dan meletakkanya di bawah batu berhampiran telaga bernama Zarwan. Akibatnya, Nabi Muhammad s.

GANGGUAN JIN ASYIK

Image
Gangguan oleh Jin Asyik/Cinta merupakan yang terbanyak berbanding dengan Jin Saka dan Sihir. Berbeza dengan Jin Sihir memerlukan rawatan yang berulang kali sedangkan Jin Asyik dapat diselesaikan dengan 2-3 kali rawatan sekiranya pesakit benar-benar bersungguh-sungguh dalam rawatan dan merelakan dirinya untuk dirawat. Gangguan Jin Asyik seseorang itu bermula di peringkat kanak-kanak atau remaja lagi. Apabila Jin yang tinggal di rumah pesakit, asrama atau mana-mana tempat yang selalu dikunjungi atau dilalui pesakit, jin berkenaan sentiasa memerhatikan pesakit dalam tempoh yang lama. Dia melihat pesakit seperti mana kita melihat ikan laga dalam botol atau pun seperti menonton filem Hindustan yang mana pesakit adalah tumpuan sebagai hero/heroin filem berkenaan. Dia mendengar pesakit menyanyi, memerhatikannya tidur, mandi, berdiri di hadapan cermin, bersolek, membuka pakaian serta memakai pakaian dan sebagainya yang akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta dan sayang jin berkenaan

Membuang & Membunuh Saka Dikawasan Kuala Lumpur

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang yang kafir yang sedang menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur) (QS: Al-Anfaal Ayat: 15) Maka bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. Dan memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (QS: Al-Anfaal Ayat: 17) Diwajibkan keatas kamu untuk berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (QS: Al-Baqarah Ayat: 216) 'Kami membuang & membunuh segala sihir & saka dengan Izin Allah' Whatsapp 010-265-0398 untuk dapa

MAKRIFAT HATI KEPADA ALLAH

Image
TERBUKA MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU AKAN HAMPIRNYA ALLAH S.W.T. PENYAKSIAN MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU AKAN KETIADAAN KAMU DI SAMPING WUJUD ALLAH S.W.T. PENYAKSIAN HAKIKI MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU HANYA ALLAH YANG WUJUD, TIDAK TERLIHAT LAGI KETIADAAN KAMU DAN WUJUD KAMU.   Apabila hati sudah menjadi bersih maka hati akan menyinarkan cahayanya. Cahaya hati ini dinamakan Nur Kalbu. Ia akan menerangi akal lalu akal dapat memikirkan dan merenungi tentang hal-hal ketuhanan yang menguasai alam dan juga dirinya sendiri. Renungan akal terhadap dirinya sendiri membuatnya menyedari akan perjalanan hal-hal ketuhanan yang menguasai dirinya. Kesedaran ini membuatnya merasakan dengan mendalam betapa hampirnya Allah s.w.t dengannya.  Lahirlah di dalam hati nuraninya perasaan bahawa Allah s.w.t sentiasa mengawasinya. Allah s.w.t melihat segala gerak-gerinya, mendengar pertuturannya dan mengetahui bisikan hatinya. Jadilah dia seorang Mukmin yang cermat dan berwaspada.

SIAPAKAH QARIN, JIN & IBLIS

Image
Dalam sedar atau tidak sedar, setiap daripada kita pernah merasa ada sesuatu telah membisik ke telinga kita untuk melakukan dosa atau kejahatan dan satu lagi bisikan untuk melakukan kebaikan dan pahala. Jadi, kedua-dua bisikan ini akan menguatkan hujah masing-masing berdasarkan fakta dan maklumat yang lengkap bagi mempengaruhi hati kita.  Selepas itu, kita akan menilai hujah siapakah yang paling kita suka untuk turuti samada hujah daripada bisikan jahat atau bisikan baik. Kemudian, kita telah sahkan hujah tersebut untuk dituruti dan kesannya kita akan terima di dunia dan akhirat. Sekiranya kita mengesahkan hujah dari bisikan jahat sebagai hujah yang perlu dituruti maka kita akan dapat kesan buruk di dunia dan akhirat. Sekiranya kita mengesahkan hujah dari bisikan baik sebagai hujah yang perlu dituruti maka kita akan dapat kesan baik di dunia dan akhirat.  Kebiasaannya jika kita menuruti bisikan jahat, jarang kita menilai kesan-kesan dan mudarat yang bakal kit

KAJIAN TENTANG ALAM JIN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Masyarakat kita kebiasaannya masih tidak suka bercakap tentang jin dan yang berkenaan dengannya. Rata-ratanya kerana takut, ditambah lagi dengan ditakut-takutkan oleh generasi yang lepas, ditambah lagi dengan ilmu tentang ini ditapis sejak kedatangan penjajah ke tanahair kita. Sedangkan kalau kita teliti, di dalam Al-Quran pun ada satu surah khusus yang dinamakan Surah Al-Jin. Dan di dalam surah-surah lain pun ada disebutkan tentang jin. Begitu juga banyak diceritakan dalam hadits-hadits shahih. Dan tidak ketinggalan, para ulama dulu siap menulis kitab khusus tentang jin, contohnya kitab oleh Imam As-Suyuthi iaitu Luqthul Marjan fii Ahkaamil Jaan. Ini menunjukkan betapa pentingnya kita ada pengetahuan juga mengenai alam jin, kerana di kalangan mereka ada yang shaleh dan ada yang negatif (bersifat jahat dan seumpamanya). Yang jahat itulah syaitan dari golongan jin. Maka sebaiknya kita perlu tahu selok-belok tent

WAHYU, ILMU LADUNI, FIRASAT DAN KASYAF

Image
Hati kalau sudah bersih, pandangannya akan menembusi segala hijab-hijab iaitu tabir alam maddiah (benda). Akan tersingkap hijab-hijab itu dan terbanglah ia ke alam ghaib yang maha luas setakat yang diizinkan oleh Allah Taala. Hati yang benar-benar bersih, di waktu itulah Allah SWT curahkan ke dalamnya perkara atau barang yang berharga dan terlalu bernilai iaitu keimanan, keyakinan, ketaqwaan, hikmah, wahyu, kasyaf, ilmu laduni, firasat dan lain-lain lagi. Huraian, tafsiran atau penjelasan tentang halhal ini akan diperbahaskan secara terperinci, di bawah tajuknya yang tersendiri. WAHYU  Ia adalah ilmu yang Allah sampaikan kepada rasul-rasul dan nabi-nabi secara terus atau direct. Atau melalui perantaraan malaikat, terus jatuh ke hati mereka, terus dapat dihafal dan tidak lupa buat selama-lamanya. Ianya berlaku tanpa usaha ikhtiar dan tanpa belajar. Inilah mauhibah atau anugerah dari Allah. Wahyu membawa syariat baru, memansuhkan syariat yang sebelumnya. ILMU LADUNI A

Tanda Tanda Saka Yang Perlu Diketahui

Image
#‎ Rawatan_As_Sufi‬ ‪#‎ Perubatan_Islam_As_Sufi‬

SEJARAH MASJID JIN DI MEKAH

Image
Masjid Jin adalah sebuah masjid yang terletak di Kampung Ma’la, tidak jauh dari pekuburan Kota Makkah. Penamaan masjid tersebut dengan Masjid Jin terkait erat dengan suatu peristiwa yang sangat langka dan penting yang berkaitan dengan bangsa jin dan dakwah Islam. Peristiwa yang dimaksud adalah masuk Islamnya serombongan jin di masjid tersebut setelah mendengar dan menghayati lantunan ayat-ayat suci Alquran yang dibacakan oleh Nabi Muhammad SAW. Pada kesempatan itu, para jin berbaiat (berjanji setia) untuk beriman kepada Allah SWT, mengikuti ajaran Islam, dan menyebarkan agama Allah di kalangan mereka. Oleh sebab itu, masjid ini dikenal juga dengan nama Masjid Al-Bai’ah, yakni masjid tempat serombongan jin melakukan baiat. Peristiwa besar ini diungkapkan oleh Allah SWT dalam Alquran surat Al-Ahqaf ayat 29-32: “Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Alquran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, “Diamlah kamu (untu