Jin sememangnya makhluk ciptaan Allah yang sentiasa ada di sekeliling kita. Tidak perlu kita untuk melihatnya. Tidak perlu juga untuk kita mengada-ngada untuk menjengok ke alam mereka. Mereka ini sememangnya mahu menggoda, memperdaya dan memesongkan tujuan sebenar anda berada di atas muka bumi ini. Anda tentu pernah mendengar pelbagai cerita tentang gangguan makhluk halus ini di kaca tv ni, kan? Siap ada filem lagi. Percaya kepada benda-benda ghaib Salah satu dari rukun iman yang kita pelajari adalah mempercayai benda-benda ghaib. Jin termasuk dalam kategori ini seperti malaikat, syurga, neraka, dosa, pahala, Allah dan sebagainya. Jin-jin ini ada yang Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi dan sudah tentu Muslim. Kehidupan mereka sama seperti manusia; ada rumah, anak-pinak, berkeluarga dan sebagainya. Jin Muslim akan berkelakuan seperti manusia Muslim. Jin kafir berkelakuan seperti manusia kafir. Hanya alam sahaja membezakan dua makhluk Allah ini. Jin tidak akan dapat me...