Merawat Non Muslim Di area Selayang Baru



SCANNING NON MUSLIM DENGAN AYAT AYAT AL QURAN UNTUK MENGESAN GANGGUAN JIN.

Berhubung kebenaran berdoa untuk bukan Islam bagi menyembuhkan penyakit, pensyarah Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya.

Prof Madya Dr Fauzi Deraman berkata Islam tidak pernah melarang umatnya menggunakan ayat al-Quran untuk merawat penyakit
tidak kira pesakit itu orang Islam atau tidak.

“Tidak timbul masalah sama ada Islam atau bukan, kerana dalam satu sudut orang yang bukan Islam itu juga adalah jiran. Dan menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan kebaikan kepada jiran kita, katanya.

Dr Omar pula berkata secara umum, umat Islam boleh mendoakan orang bukan Islam supaya mereka mendapat hidayah dan mengurangkan perbuatan jahat terhadap orang Islam.

“Setahu saya, tiada nas al-Quran atau hadis yang menyentuh mengenai doa orang Islam untuk orang bukan Islam bagi menyembuhkan penyakit. Bagaimanapun, al-Quran mempunyai kesan besar dalam penyembuhan penyakit.

“Di Amerika Syarikat sendiri, ada klinik yang dibuka oleh pengamal perubatan Islam dan ada juga pesakit mereka bukan
beragama Islam,” katanya.


#‎Perawat_As_Sufi‬
‪#‎Rawatan_As_Sufi‬
‪#‎Perubatan_Islam_As_Sufi‬

Comments

Popular posts from this blog

GANGGUAN JIN ASYIK

Anxiety Disorder 'Kesan' Dari Gangguan Jin

Belajar Menjadi Seorang Muallij